Monday, January 16, 2023

STR atau bkm bantuan Fasa 1 dikreditkan esok

 


KUALA LUMPUR - Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), program bantuan tunai untuk golongan B40 di bawah Kementerian Kewangan kini dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan ini selaras dengan langkah Kerajaan Perpaduan memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif golongan kurang berkemampuan menghadapi cabaran kos sara hidup.


  Beliau turut memutuskan STR Fasa 1 bagi kumpulan B40 perlu dimulakan pada Januari 2023 berbanding perancangan awal pada Mac 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat.

  Menurut Anwar, pembayaran STR Fasa 1 kepada 8.7 juta kumpulan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang didaftarkan dalam pangkalan data

  STR secara berperingkat mulai esok, 17 Januari 2023.



  Bagi pembayaran STR Fasa 1, penerima isi rumah akan menerima RM300, warga emas bujang dan belum berkahwin akan menerima RM100 setiap seorang.

  Penerima STR di kawasan luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank juga akan menerima bayaran ini pada tarikh yang sama

  sama.


  Beliau berkata, penerima STR yang tidak mempunyai akaun bank juga boleh membuat pembayaran di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.

  Malah, semakan status pembayaran akan dibuka mulai esok.


 Setakat penerima STR.

 Malah, anda boleh memantau status pembayaran anda mulai esok.

No comments:

Post a Comment

semak penyata KWSP melalui IC secara online

  Ramai yang ingin tahu cara untuk semak penyata KWSP melalui IC secara online tanpa perlu bersusah payah pergi ke pejabat atau kiosk KWSP. ...