Tuesday, January 17, 2023

Portal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Mulai 17 Januari 2023


 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Mulai 17 Januari 2023.

STR 2023 – Sumbangan Tunai Rahmah 2023 adalah bantuan tunai kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).


Bantuan ini adalah dibawah Kementerian Kewangan atau dikenali sebagai BKM sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan pimpinannya menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat terutama golongan rentan dan mudah terjejas.



Sumbangan Tunai Rahmah STR 2023

 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat.

Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari.

Sepatutnya dimasukkan pada bulan Mac tahun depan mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.



Semakan Status STR 2023

Semakan status pembayaran mulai pada 17 Januari 2023.

Maklumat lanjut di portal rasmi STR melalui pautan >>> https://bantuantunai.hasil.gov.my. 


Tarikh Bayaran STR

STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan ini berbanding perancangan awal pada bulan Mac depan.



Pembayaran STR Fasa 1 akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa).

Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai esok.

No comments:

Post a Comment

semak penyata KWSP melalui IC secara online

  Ramai yang ingin tahu cara untuk semak penyata KWSP melalui IC secara online tanpa perlu bersusah payah pergi ke pejabat atau kiosk KWSP. ...