Sistem eKasih ialah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu kerajaan merancang, melaksana dan memantau program pembasmian kemiskinan di Malaysia.
Secara ringkas, bantuan eKasih adalah khusus untuk individu yang tergolong dalam kategori miskin dan miskin tegar.
Apa Itu Sistem eKasih?
eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang menyimpan maklumat berkaitan:
- Profil individu dan isi rumah
- Rekod bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR)
- Permohonan bantuan daripada agensi kerajaan
- Pemantauan keberkesanan program bantuan
Fungsi Utama Sistem eKasih
Melalui sistem eKasih, pengakses boleh:
- Membuat semakan status kemiskinan secara online
- Mengemaskini maklumat kemiskinan
- Menyelaraskan maklumat bantuan antara agensi
- Pengiraan status miskin atau miskin tegar secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
- Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
- Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan
Cara Pendaftaran eKasih
Pendaftaran eKasih boleh dibuat melalui:
- Secara online di portal rasmi eKasih
- Pejabat Pembangunan Negeri (PPN)
- Pejabat Daerah berhampiran
Untuk semakan status SARA STR, pengguna boleh menyemak melalui Portal MyKasih atau Aplikasi MyKasih.
Jenis Bantuan Untuk Individu Berdaftar eKasih
Individu yang berdaftar dan layak dalam sistem eKasih berpeluang menerima bantuan berikut:
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA STR)
- i-Suri / i-Saraan KWSP (Insentif sehingga RM300 setahun)
- Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) – Bantuan RM300 sebulan
- Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Cara Semak Kelayakan eKasih 2026
Ikuti langkah berikut untuk membuat semakan status eKasih secara online:
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan di ruang yang disediakan
- Pastikan nombor IC dimasukkan tanpa tanda (-)
- Masukkan kod kaptcha dengan betul
- Klik butang “Klik Untuk Carian”
Semakan ini akan memaparkan status sama ada anda tergolong dalam kategori miskin, miskin tegar atau tidak tersenarai.
Artikel ini dikemaskini bagi rujukan tahun 2026.







